Pada 7 Mei 2015 tempohari telah berlangsung satu pameran hari Ko-Kurikulum di Sek.Men.Keb.Pulau Nyior, Jitra, Rekaan Batik IKBN Jitra telah dijemput bagi membuat Pameran dan Demontrasi Membatik dan Promosi untuk menarik minat pelajar-pelajar lepasan SPM untuk menceburi bidang Batik di IKBN Jitra.
Pameran Hari Ko-Kurikulum dan hari Koperasi peringkat Sekolah di Sek.Men.Keb Pulau Nyior, Jitra.11/5/2015
Seramai 79 orang pelajar bersama 8 orang guru pengiring telah menjalani Kem Jatidiri di IKBN, mereka semua telah menginap selama 2 hari 1 malam di IKBN, bertujuan bagi mengetengahkan pelajar-pelajar dengan situasi pembelajaran di IKBN dan lebih mengenali IKBN dengan lebih dekat. Pada 29 dan 30 April jam 2.30 petang, seramai 20 orang pelajar telah membuat Lawatan Ke Bengkel Rekaan Batik, dimana satu Program mari Mencuba telah diadakan untuk mereka bagi mereka mewarna dan mengenali Batik. Betapa mudahnya mewarna dan IKBN juga ingin menarik minat pelajar terhadap Industri batik masakini. Seramai 57 orang pelajar dan dipandu oleh 2 orang guru pendidikan Seni SMK DarulAman Heights 1, telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Villa Batik IKBN Jitra. Diantara program yang dilaksanakan kepada pelajar-pelajar ini adalah bagaimana Teknik mencanting dan mewarna dibuat. Tujuan Lawatan ini adalah untuk mengetengahkan pelajar-pelajar ini dalam Industri batik, dimana selepas program ini pelajar-pelajar ini akan membuat Pemidang berunsurkan Batik yang bermotifkan Alam Semulajadi yang menyamankan. Pemidang ini merupakan projek latihan mereka di Sekolah dibawah seliaan Guru Pembimbing Pn.Nazarita. Batik yang telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar SMK DarulAman Heights 1. |
|